Batu Caves, Gombak - AADK Daerah Gombak telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat ( Gotong - Royong ) bagi OKP ( Orang Kena Pengawasan ) pada 16.1.2010. Seramai 40 orang OKP hadir bersama - sama 20 orang Pegawai Agensi bagi menjayakan Program ini.
Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi. Gotong - Royong yang dijalankan adalah di Pejabat AADK Gombak. Diantara pengisian program ini adalah untuk mengeratkan perhubungan antara OKP dan juga Pegawai Agensi di AADK Daerah Gombak. Walaubagaimanapun, OKP yang tidak datang untuk lapor diri serta melanggar mana-mana syarat pengawasan sebagaimana yang diberitahu KD AADK Daerah Gombak iaitu Tuan Halili Bin Busu juga ditekankan oleh beliau pada hari itu. Program tamat kira - kira jam 1.00 petang.