Organisasi
Lain-lain


Publisiti : PROGRAM PENCEGAHAN - KURSUS JATI DIRI ANTIDADAH BERSAMA BELIA 4B KAWASAN GOMBAK
Posted by admin on 2010/2/8 10:10:00 (269 reads)

Open in new window
Karak - Pada 6 & 7.2.2010 bertempat di Dusun Eco Resort, AADK Daerah Gombak bersama - sama Belia 4B Kawasan Gombak yang di Pengerusikan oleh En Zainuddin Osman telah mengadakan Kursus Jati Diri Antidadah bersama Belia 4B kawasan Gombak. Seramai 50 orang ahli Belia 4B hadir menjayakan program ini berusia lingkungan 15 - 25 tahun. Kursus ini dirasmikan oleh Penyelaras Parlimen Gombak iaitu Tuan Haji Rahim.


Diantara pengisian Program ini adalah Ceramah Antidadah oleh Pegawai AADK Gombak iaitu En Mohd Fazli Abdul Latif, Ceramah oleh En Hefney Pengerusi Pendamai Gombak, Aktiviti Outdoor oleh 6 orang Ahli Peserta Pelayar Belia Asia 2009, Aktiviti Xtreme oleh 8 orang Ahli Pasukan 4B Wira Damai serta Urusetia - Urusetia Kursus yang gigih dalam menjayakan kursus yang berlangsung selama 2 hari ini. Diantara VVIP yang turut hadir ialah Pegawai Belia & Sukan Negeri Selangor iaitu En Wan Salim Wan Ismail dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Gombak iaitu En Ahmad Faresh Ahmad Zahid. Pengisian aktiviti yang baik serta pengisian yang mendalam tentang bahayanya penyalahgunaan dadah dapat diterapkan oleh peserta - peserta kursus supaya GOLONGON BELIA HIDUP SIHAT TANPA DADAH.
Open in new window
Open in new window
Open in new window


Printer Friendly Page Send this Story to a Friend Create a PDF from the article



Emel/Alamat/No. Tel
Peta




Agensi AntiDadah Kebangsaan Negeri