Gombak - Pada 22.01.2010 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Umno Gombak telah membincangkan penyelarasan penyerahan Orang Kena Pengawasan (OKP) dibawah pengawasan IPD Gombak kepada AADK Gombak yang membabitkan kesalahan dibawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Sek 6(1)(a) dan Sek 6(1)(b) Akta Penagih Dadah ( R&P) 1983 Pindaan 1998. Sebelum ini OKP hanya melapor diri di Balai Polis sahaja manakala AADK menjalankan Program Rawatan Dan Pemulihan.
Selaras dengan pengambilalihan itu Kertas Siasatan bagi Kes Langgar Syarat Pengawasan sebagaimana dibawah Sek 6(3) Akta Penagih Dadah ( R&P) 1983 Pindaan 1998 yang telah dibuka oleh PDRM sebelum 1 Januari 2010 akan diselesaikan terlebih dahulu oleh pihak PDRM. Bagi kes-kes yang bermula Januari tahun ini , kertas siasatan dibuka oleh AADK sendiri. Setakat hari ini sebanyak 4 kes Langgar Syarat Pengawasan yang baru telah diserahkan oleh IPD Gombak kepada AADK Gombak dan tindakan mengikut peruntukan undang-undang telah diambil. Pengambilalihan urusan ini secara tidak langsung akan memantapkan hubungan diantara AADK dengan PDRM. Ini bertepatan dengan arahan Makmal Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) iaitu mengurangkan 20 peratus kadar jenayah jalanan bagi tahun ini.