Gombak - Ketua Pengarah AADK Malaysia, Datuk Abd Bakir Hj Zin telah membuat satu lawatan rasmi ke Pejabat AADK Daerah Gombak pada 11.2.2010. Turut hadir adalah Pengarah AADK Negeri Selangor, Tuan Mahadi Nordin serta Ketua - Ketua Daerah dibawah AADK Negeri Selangor.
Persiapan serta pengisian telah dilakukan dengan teliti oleh Ketua Daerah Gombak, Tuan Halili Busu bersama - sama pegawai dan kakitangan AADK Gombak. Diantara isu - isu yang dibangkitkan dalam lawatan kerja Ketua Pengarah AADK Malaysia ini ialah Task Force, Hotspot serta Perancangan Prgoram AADK Negeri Selangor bagi tahun 2010. Terima Kasih juga kepada Pihak Media yang turut hadir di dalam Lawatan Kerja Ketua Pengarah ini ke AADK Gombak yang tamat kira - kira jam 1.00 petang.