Organisasi
Lain-lain


Pengenalan AADK Daerah Gombak

SEPINTAS LALU………………………………………

Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Gombak merupakan salah satu agensi yang diberi tanggungjawab oleh kerajaan ke arah usaha membasmi penyalahgunaan dadah di kalangan rakyat Malaysia.  Pada awal tahun 1980an, ia dikenali sebagai Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah(BRPD) dan juga Pasukan Petugas Antidadah(PPAD). Walaubagaimanapun, pada tahun 1996, atas usaha Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk memerangi dadah secara total, Agensi Dadah Kebangsaan (ADK)  diwujudkan dengan  menggabungkan Bahagian Rawatan & Pemulihan Dadah serta Pasukan Petugas Antidadah. Sekali lagi pada tahun 2004, nama Agensi Dadah Kebangsaan ditukar kepada Agensi Antidadah Kebangsaan(AADK) bagi memperlihatkan kepada masyarakat akan kesungguhan kerajaan dalam usaha memerangi dadah. Perdana Menteri Malaysia kini telah mengisytiharkan bahawa akan memerangi dadah habis-habisan pada tahun 2003 bagi mewujudkan Masyarakat Malaysia  Bebas Dadah menjelang tahun 2015.

Pada awal tahun 1990an, Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Gombak beroperasi di Tingkat 3, Bangunan Sultan Sulaiman yang juga di kenali sebagai  Pejabat Tanah & Daerah Gombak dengan kekuatan anggota ketika itu seramai 3 orang. Lama-kelamaan dengan penambahan kakitangan di AADK Daerah Gombak disamping kakitangan yang sedia ada, pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Gombak  telah berpindah ke satu  kawasan penempatan yang baru dan strategic bagi kes-kes pengawasan hadir melaporkan diri iaitu di No 8, Bangunan Plaza UMNO, Jalan Batu Caves, 68100 Batu Caves. Dengan kekuatan anggota seramai 24 orang, operasi Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Gombak di bangunan baru bermula pada tahun 2007.

Dengan kepakaran yang ada,  Agensi  Antidadah Kebangsaan telah melangkah satu lagi dimensi baru dalam usaha membasmi penyalahgunaan dadah di kalangan rakyat Malaysia dengan wujudnya Unit Penguatkuasaan. Ia ditubuhkan bagi melaksanakan penguatkuasaan undang-undang ke atas pesalah-pesalah yang berkaitan dengan dadah. Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Gombak telah melaksanakan pelbagai aktiviti pencegahan, pemulihan dan penguatkuasaan sepanjang tahun 2008.

 

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend





Emel/Alamat/No. Tel
Peta




Agensi AntiDadah Kebangsaan Negeri