Organisasi
Lain-lain


SOALAN-SOALAN LAZIM

  • Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 Perenggan 6 (1) (b) dan subseksyen 6 (2), 1. Apakah syarat-syarat Perintah Pengawasan tersebut? 2. Apakah hukuman jika melanggari syarat-syarat tersebut?

Jawapan soalan 1

a ) Mestilah tinggal di kawasan.....

b ) Hendaklah sentiasa memberitahu Pegawai Pemulihan tempat kediamannya dan tidak boleh menukar tempat kediamannya atau meninggalkan kawasan tempat kediamannya tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah.

c ) Hendaklah melaporkan diri di..... tiap-tiap bulan kalendar antara 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

d ) Tidak boleh mengambil, menggunakan, mengedarkan, atau memiliki apa-apa dadah berbahaya.

e ) Hendaklah menjalani apa-apa ujian pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang diperintahkan oleh Pegawai Pemulihan.

f ) Hendaklah menjalani apa-apa program bagi pemulihan penagih dadah yang diadakan oleh kerajaan seperti di Lampiran A.

Jawapan soalan 2

Didakwa di bawah seksyen 6 (3) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan), penjara selama tempoh dan tidak melebihi tiga (3) tahun atau sebatan tidak melebihi tiga (3) sebatan atau kedua-duanya sekali.

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend





Emel/Alamat/No. Tel
Peta




Agensi AntiDadah Kebangsaan Negeri